AGENDA SELANGOR

Selangor sekali lagi bawa usul tambah polis bantuan

GOMBAK, 8 SEPT: Kerajaan Selangor berhasrat mengusulkan penambahan jumlah anggota polis bantuan dan juga penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Kementerian Dalam Negeri tidak lama lagi.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri sudah membawa usul sama sejak 2010 dan disusuli pada 2012.

“Usul ini dibuat memandangkan Kerajaan Negeri mahu elemen keselamatan diperkukuhkan dalam kalangan rakyat, sebolehnya kita mahu rakyat lebih selesa.

“Penambahan jumlah anggota keselamatan membolehkan mereka memantau aktiviti jenayah dengan lebih kerap dan rakyat khususnya penduduk Selangor lebih yakin,” katanya kepada media.

Peserta bergambar bersama Amirudin Shari selepas menerima sijil penyertaan sempena Program Gotong-Royong Merdeka 2019 Peringkat Kampung Sungai Tua Baharu, Batu Caves . Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Gotong Royong Merdeka 2019 anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sungai Tua Baharu, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, jumlah anggota keselamatan perlu ditambah ekoran berlakunya pertambahan penduduk terutamanya di beberapa bandar utama.

Amirudin berkata, jumlah anggota keselamatan perlu ditambah ekoran berlakunya pertambahan penduduk terutamanya di beberapa bandar utama.


Pengarang :