Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir merasmikan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 bertemakan ‘Memartabatkan Hak Orang Asli’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.?Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy pada 22 April lalu. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lantikan JKMPKA 2020-2021 beri ruang kepada masyarakat Orang Asli

PUTRAJAYA, 18 OKT: Wakil Orang Asli akan dilantik dalam Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) bagi sesi 2020-2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy.

Waytha Moorthy yang memegang portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, berkata kerajaan akan memperuntukkan satu atau dua tempat untuk masyarakat Orang Asli pada lantikan JKMPKA tahun depan.

“Adalah wajar untuk Kerajaan Malaysia Baru memberi satu pengiktirafan kepada penganut yang amal kepercayaan animisme,” katanya pada majlis penghargaan “Jasamu Dikenang” JKMPKA, di sini semalam.

JKMPKA sesi 2018-2019 terdiri daripada 32 orang mewakili agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Taoist, Sikh dan Baha’i serta ahli akademik, belia dan wakil Sabah dan Sarawak.

Waytha Moorthy berkata pihaknya akan membuat permohonan khas untuk bajet JKMPKA kepada Kementerian Kewangan bagi membolehkan JKMPKA mengambil peranan lebih aktif dalam menangani isu berkaitan.

Beliau berkata Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi Nasional yang akan ditubuhkan kelak memainkan peranan penting dalam negara dalam menangani isu melibatkan perkauman dan konflik antara agama.

“Saya jangka satu akta bagi menubuhkan suruhanjaya tersebut dapat disediakan pada awal tahun depan,” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :