Penerjun negara, Muhd Syafiq Puteh dan Ng Yan Yee menunjukan Pingat Emas yang mereka menangi menerusi acara tiga Meter papan anjal seirama campuran akhir sempena Kejohanan Terjun Grand Prix FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada 17 November 2019. Foto BERNAMA
AGENDA SUKANKINI

GP FINA: Gandingan Syafiq-Wendy rangkul emas

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Wendy Ng Yan Yee berjaya meraih emas, selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Grand Prix Terjun FINA menerusi acara tiga meter papan anjal seirama campuran di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, semalam.

Gandingan itu mengumpul 299.22 mata mengatasi penerjun Rusia, Ilia Molchanov-Elizaveta Kuzina dengan 287.40 mata (perak), manakala pasangan Switzerland, Jonathan Suckow-Michelle Heimberg dengan 281.10 (gangsa).

Gandingan Loh Zhiayi-Lau Jasmine pula terpaksa akur apabila sekadar meraih gangsa dalam acara tiga meter papan anjal seirama wanita, dengan catatan 255.72 mata.

Pasangan China, Huang Xiaohui-Wei Ying mengungguli acara itu dengan mengumpul 291.30 mata bagi memperoleh emas, manakala gandingan Rusia, Karina Shkliar-Marina Shishkanova mendapat perak dengan 255.90 mata.

– BERNAMA


Pengarang :