Foto Twitter @HafizShukaime
AGENDANASIONAL

Kereta terperosok dalam lubang akibat tanah mendap

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita terperosok ke dalam lubang ekoran tanah mendap di Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian kira-kira 11.35 malam itu, mangsa sedang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi apabila tanah di lokasi berkenaan mendap menyebabkan keretanya terperosok ke dalam lubang.

“Siasatan awal mendapati lubang akibat mendapan tanah di lokasi berkenaan seluas tiga meter persegi.

“Mangsa yang berusia 42 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata operasi membaik pulih laluan itu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi tadi dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN166/59).

-BERNAMA


Pengarang :