Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

MBSA tutup beberapa jalan di Seksyen 13 esok

SHAH ALAM, 12 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup beberapa jalan di Seksyen 13, di sini esok bagi melancarkan program Perarakan Maulidur Rasul oleh Sekolah Integrasi As-Syakirin.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata jalan yang terlibat adalah Jalan Marathon 13/31, Jalan Rugbi 13/30, dan Jalan Lompat Tinggi 13/33.

“Jalan itu akan ditutup mulai 8.30 pagi hingga 10 pagi, justeru kami menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mematuhi arahan dari masa ke masa yang diberi MBSA,” katanya dalam kenyataan.

Katanya MBSA juga memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke mana-mana destinasi.


Pengarang :