Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) ketika sidang media selepas merasmikan [email protected] pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2019 anjuran KWSP pada 21 November 2019. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

PM akan bincang dengan Ahli Parlimen berhubung isu korum Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ditanya mengenai sikap dan komitmen sesetengah Ahli Parlimen (MP) sehingga menyebabkan sidang Dewan Rakyat tidak mempunyai korum mencukupi.

Perdana Menteri berkata, ini bukan pertama kali kejadian seumpama itu berlaku dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan MP berhubung perkara itu.

“Kami perlu berbincang dengan MP. Mereka amat tidak sabar untuk menjadi calon pilihan raya (tetapi) selepas dipilih mereka tidak bersikap yang mereka serius mahu berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 dan melancarkan [email protected] di sini, hari ini.

Semalam, sidang Dewan Rakyat pada satu ketika telah tertangguh disebabkan korum tidak mencukupi.

Mengikut Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Bilangan 13 (1), korum bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 MP dengan tidak termasuk Pengerusi.

– BERNAMA


Pengarang :