Amirudin Shari semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2020 di Dewan Negeri Selangor pada 1 November 2019. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

RM1,200 sebulan untuk Ketua Komuniti India

SHAH ALAM, 1 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan elaun RM1,200 sebulan kepada Ketua Komuniti India bermula Januari 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata elaun itu selepas melihat bebanan tugas, kos sara hidup yang semakin meningkat serta cabaran semakin rumit yang dihadapi Ketua Komuniti Kaum India di kawasan masing-masing.

“Ketua ini adalah salah satu jentera pentadbiran negeri di peringkat akar umbi untuk membantu menyalurkan, menyampaikan hasrat dan maklumat serta cadangan bagi permasalahan yang timbul di sesebuah kawasan yang mempunyai komuniti India.

“Justeru, melihat daripada aspek bebanan tugas dan kos sara hidup, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM700,000 bagi tahun 2020,” katanya pada pembentangan Belanjawan #Selangor2020.

Amirudin turut berharap peningkatan elaun itu akan memastikan Ketua Komuniti Kaum India dapat memberi kualiti perkhidmatan terbaik, cekap dan bertanggungjawab.


Pengarang :