AGENDANASIONAL

Surat palsu taktik kotor musuh politik

SHAH ALAM, 15 NOV: KEADILAN menafikan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan ahli parti supaya tidak turun mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai esok seperti yang disebarkan melalui sepucuk surat hari ini.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata surat itu direka musuh politik Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk mencetus salah faham dan KEADILAN bertegas memberikan sokongan kepada calon BERSATU, Karmaine Sardini.

“Surat ini jelas direkayasa musuh politik PAKATAN yang mahu mencetus salah faham dalam kalangan anggota KEADILAN dan rakan PAKATAN. Ia adalah tindakan kotor lagi terdesak puak-puak yang enggan berpolitik secara sihat.

“KEADILAN mengulangi sokongan parti buat calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (Calon No 4) dan menggesa semua anggota KEADILAN untuk mengundi dan membantu memenangkan calon PAKATAN,” katanya dalam kenyataan.

Surat bertarikh 15 November itu antaranya menyebut keputusan untuk tidak keluar mengundi bertujuan memberikan tekanan politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mematuhi perjanjian penyerahan kuasa yang dipersetujui Majlis Presiden PAKATAN sebelum ini.


Pengarang :