Orang ramai memakai kasut kalis air berjalan kaki mengharungi banjir ke St. Mark’s Square dan membelakangi bangunan Basilika St. Mark di Vanice pada 14 November, 2019. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Venice dilanda banjir besar, Itali isytihar darurat

ROM, 15 NOV: Kerajaan Itali isytihar darurat dan 20 juta euro (AS$22 juta) bantuan kecemasan disediakan ekoran bencana banjir terburuk yang melanda Venice dalam tempoh lebih 50 tahun, kata Perdana Menteri, Giuseppe Conte pada Khamis.

Bandar timur laut itu disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dilanda banjir besar sejak Selasa akibat hujan lebat yang disertai dengan air pasang, lapor agensi berita Anadolu.

Paras air banjir mencecah 1.87 meter (6.1 kaki) lewat malam Selasa – tahap kedua tertinggi pernah direkodkan.

Banyak destinasi menarik dan muzium ditutup.

Conte berkata, penduduk yang terjejas boleh memohon bantuan sebanyak 5,000 euros (AS$5,500) untuk pampasan awal manakala perniagaan pula boleh menerima bantuan sehingga 20.000 euro (AS$22,000).

Venice dilanda banjir hampir setiap tahun, tetapi banjir terburuk dalam sejarah berlaku pada 1966 yang mana air mencecah sehingga 1.94 meter (6.36 kaki).

– BERNAMA


Pengarang :