Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan barangan kelengkapan persekolahan kepada penerima ketika Program Kembali Ke Sekolah anjuran JKP ZON 8 dan Pusat Khidmat DUN Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves pada 21 Disember 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 1,500 pelajar DUN Sungai Tua terima bantuan sekolah

GOMBAK, 21 DIS: Lebih 1,500 pelajar di DUN Sungai Tua menerima beg sekolah sempena program Kembali Ke Sekolah sesi 2020 tahun ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan diagih secara berperingkat mengikut kawasan ditetapkan yang akan selesai sebelum berakhirnya 2019.

“Kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa terutama pada hujung tahun yang memerlukan banyak wang untuk menyiapkan persiapan sekolah anak.

“Justeru, saya yakin sumbangan beg sekolah ini dapat meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan lain,” katanya pada program itu di Dewan Rakyat Batu Caves di sini hari ini.

Mashitah Mohd Ali. Foto HAFIZ OHTMAN/SELANGORKINI

Sementara itu, salah seorang penjaga, Mashitah Mohd Ali, 47, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan beg sekolah berkenaan.

“Terima kasih Kerajaan Negeri. Peruntukan untuk beli beg sekolah boleh digunakan untuk membeli kelengkapan lain atau bayar yuran,” katanya yang mempunyai tiga orang anak.

Nursyahida Yahya, 39, menzahirkan kesyukuran apabila Kerajaan Negeri sudi memberi sumbangan yang membantu meringankan beban ibu dan bapa.

“Saya ada lima orang anak, justeru sumbangan ini dapat meringankan beban saya dan suami yang memerlukan wang lebih bagi mempersiapkan kelengkapan anak kami,” katanya.

Dharshana Pannirselvam. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Seorang pelajar, Dharshana Pannirselvam, 12, yang menerima bantuan itu amat gembira dan lebih bersemangat memulakan sesi persekolahan tahun hadapan.

“Terima kasih dan saya berharap Kerajaan Negeri meneruskan pemberian bantuan kepada rakyat,” katanya.


Pengarang :