Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerajaan Negeri teliti penyelesaian isu persempadanan KL-Selangor

SHAH ALAM, 31 JAN: Isu persempadanan semula Kuala Lumpur dan Selangor akan diselesaikan secara teliti supaya tiada pihak menanggung rugi atau teraniaya, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata perbincangan lanjut membabitkan pelbagai entiti kerajaan dan swasta terutama di kawasan Selayang, Gombak, Ampang dan Kajang akan diteruskan dari masa ke masa.

“Setakat ini lima mesyuarat sudah dilakukan dan kita akan teruskan perbincangan. Kawasan ini tepu dengan pembangunan dan kita juga mahu meminimumkan kesan kepada rakyat.

“Kita perlu berhati-hati sebab saya tidak mahu ada pihak yang teraniaya dan rugi disebabkan perkara ini,” katanya selepas Majlis Temu Rapat Dato’ Menteri Besar bersama Pengetua dan Guru Besar Selangor, di SUK.

Kementerian Wilayah Persekutuan memberi fokus utama kepada penyelesaian isu yang tidak dimuktamadkan sejak sekian lama itu tahun ini.

Isu yang kini dalam perhatian Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan dan PTG Selangor perlu diselesaikan segera bagi mengelak kekeliruan antara pihak berkuasa tempatan kata menterinya, Khalid Abdul Samad.


Pengarang :