DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama atlet Selangor ketika Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Atlet Selangor yang mewakili negara dalam Temasya Sukan SEA Ke-30 Filipina 2019 berlangsung di Dewan Jubli Perak SUK Selangor, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASUKANKINI

Komited lahir atlet prestasi tinggi, kekal negeri sukan terulung

SHAH ALAM 16 JAN: Kerajaan Negeri komited melahirkan atlet berprestasi tinggi menerusi pelbagai program pembangunan sukan.

EXCO Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata ia selaras dasar Kerajaan Negeri untuk terus menjadi penyumbang utama kutipan pingat negara dalam kejohanan antarabangsa.

“Kita mahukan Selangor kekal sebagai negeri sukan terulung. Bantuan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam penyediaan peralatan sukan banyak membantu meningkatkan mutu pembangunan sukan.

“Kita juga sentiasa bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negeri Selangor untuk meningkatkan prestasi sukan,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Atlet Selangor dalam Sukan Sea ke-30 di Filipina, di sini, hari ini.

Penyerahan insentif kemenangan itu disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Mohd Khairuddin berkata insentif kemenangan itu diharap memberi motivasi kepada atlet untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

“Atlet juga jangan cepat berpuas hati sebaliknya perlu berusaha lebih gigih meningkatkan prestasi,” katanya.


Pengarang :