Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim
PBTSELANGOR

MBSA rasmi logo, slogan baharu sempena ulang tahun ke-20

SHAH ALAM, 12 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal merasmikan logo dan slogan baharu agensi itu pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 MBSA pada 18 Januari ini.

Datuk Bandarnya, Dato’ Haris Kasim berkata sambutan itu dilakukan serentak dengan Kejohanan Asia Challenge 2020 yang berlangsung pada 19 hingga 20 Januari di Stadium Shah Alam.

Katanya sambutan kedua-dua peristiwa penting ini akan dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Dua Orang Kelainan Upaya turut mengambil bahagian dalam acara Larian Ulang Tahun ke-3 Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam pada 12 Januari 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI

“Pada 10 Oktober ini genaplah usia 20 tahun MBSA yang dinaik taraf menjadi bandar raya. Tahun ini kita awalkan sambutan supaya kita dapat mengabungkan pelbagai aktiviti dengan Kejohanan Asia Challenge 2020,” katanya.

Haris berkata demikian ketika ditemui media selepas perasmian Sambutan Ulang Tahun Ketiga Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Seksyen 14 di sini hari ini.

Antara aktiviti dijadual bersempena sambutan tersebut adalah yang bersifat kebudayaan dan kesukanan bagi meraikan kehadiran warga Shah Alam.


Pengarang :