Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto BERNAMA
BERITA UTAMANASIONAL

PM: Penyebar berita palsu, fitnah berdepan tindakan tegas

PUTRAJAYA 29 JAN: Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu serta fitnah berhubung koronavirus 2019, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata yang kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap penyebaran berita palsu, penipuan maklumat dan fitnah yang menyebabkan kekecohan rentetan penyebaran virus berkenaan, lapor BH ONLINE.

“Kita akan mengambil tindakan kepada mereka yang menakut-nakutkan rakyat Malaysia dan mencetuskan perasaan benci antara kaum di negara ini.

“Kita percaya kepada kebebasan bersuara tetapi tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati, kita akan ambil tindakan. Kita tidak akan bertoleransi terhadap perbuatan yang cuba menipu dengan memberi maklumat salah mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut menegaskan kebebasan media kekal di negara ini, tetapi tindakan mengganggu orang lain dengan melaga-melagakan satu kaum dengan kaum yang lain tidak boleh diterima dan wajar dikenakan tindakan.


Pengarang :