Noraini Roslan menyampaikan anugerah pada program Generasi Bestari (Smart Gen) dan penyampaian Anugerah Sekolah Sejahtera MPSJ 2019 di Sunway University, Petaling Jaya pada 21 Januari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Program Generasi Bestari MPSJ capai matlamat

SUBANG JAYA, 21 JAN: Program Generasi Bestari (Smart Gen) anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya mencapai matlamat untuk melahirkan duta alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kepentingan menjaga alam sekitar perlu dipupuk menerusi program kesedaran dan pendidikan di sekolah.

“Pepatah ada menyebut melentur buluh biar dari rebungnya. Kita tidak mahu anak-anak hanya mempunyai sifat murni di sekolah sahaja, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Beliau memberitahu media selepas menyampaikan Anugerah Sekolah Sejahtera dan merasmikan Program Smart Gen MPSJ 2020 di Universiti Sunway, di sini hari ini.

Noraini berkata sebanyak 61 daripada 79 sekolah rendah dan menengah menyertai Program Smart Gen MPSJ 2019 dengan hadiah keseluruhan RM22,800 diperuntukkan kepada pemenang.


Pengarang :