Kakitangan perubatan mengenakan pakaian perlindungan ketika merawat pesakit terkena jangkitan Covid-19 di sebuah hospital di Wuhan pada 25 Januari 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Covid-19: Negara jiran tutup sempadan dengan Iran

SHAH ALAM, 24 FEB: Turki, Pakistan dan Armenia pada Ahad bertindak menutup sempadan negara masing-masing dengan Iran dengan rekod kematian meningkat kepada lapan kes dan 43 jangkitan akibat Covid-19 di negara berkenaan.

Selain itu Afghanistan turut mengenakan sekatan perjalanan terhadap negara tersebut dengan perkembangan di luar China itu yang juga mengaitkan kejadian sama di Itali dan Korea Selatan, lapor aljazeera.com

Sementara itu, Presiden China Xi Jinping menyifatkan wabak itu sebagai ‘kecemasan kesihatan awam terbesar’ dengan angka kematian mencapai 2,442  selain 76,936 jangkitan di seluruh negara semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pihaknya bimbang dengan peningkatan kes virus tersebut yang mula dikesan di bandar Wuhan di wilayah Hubei pada akhir Disember tahun lalu dan meminta pembiayaan segera untuk menyokong negara dengan sistem kesihatan yang lemah.


Pengarang :