Covid-19 mencetuskan kebimbangan seluruh dunia akibat penularannya yang cepat. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Covid-19: Tiga negara catat kes pertama

SHAH ALAM, 27 FEB: Romania mencatatkan kes Covid-19 pertama membabitkan seorang lelaki dari Gorj, yang mempunyai kontak secara langsung dengan seorang rakyat Itali yang berkunjung ke negara itu, awal bulan ini.

Menteri Kesihatan Victor Costache berkata ujian kesihatan bagaimanapun mendapati kesemua tujuh ahli keluarga lelaki itu negatif jangkitan virus berkenaan, lapor Reuters.

“Beliau berada dalam keadaan baik dan akan dipindahkan ke sebuah hospital bagi penyakit berjangkit di Bucharest,” katanya kepada pemberita.

Brazil turut mengesahkan kes pertama Covid-19 membabitkan individu berusia 61 tahun selepas melawat Itali.

Kes itu membimbangkan berikutan negara yang kini meraikan musim cuti karnival menyaksikan orang ramai melawat bandar utama untuk menyambut perayaan.

Sementara itu, wakil Kementerian Kesihatan Greece Sotiris Tsiodras mengesahkan kes pertama Covid-19 di negara berkenaan membabitkan wanita tempatan berusia 38 tahun yang dilaporkan melawat kawasan utara Itali.

Wabak itu meragut lebih 2,700 nyawa dengan kebanyakannya di China, selain menular ke kira-kira 29 negara lain.


Pengarang :