Prof Dr Mohd Faiz Abdullah. Foto SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Graduan Selangor Business School penuhi pasaran kerja

SHAH ALAM, 4 FEB: Selangor Business School (SBS) komited melahirkan graduan berjaya bagi memenuhi peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor di negara ini, kata dekannya.

Profesor Dr Mohd Faiz Abdullah berkata pihaknya memilih tenaga pengajar berpengalaman daripada institusi pengajian terkemuka bagi memastikan penuntut mendapat pendidikan berkualiti.

“SBS menyediakan kemudahan taraf tertinggi kepada penuntut yang ingin mendapatkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan,” katanya pada program Malaysian Artist Showcase anjuran SBS baru-baru ini, lapor Sinar Harian.

SBS yang ditubuhkan pada 2017 menawarkan kursus sarjana dan ijazah kedoktoran dalam bidang perniagaan dan menerima peruntukan RM10 juta daripada Kerajaan Negeri pada 2018.


Pengarang :