AGENSISELANGOR

Maqis Selangor patahkan cubaan seludup pokok hiasan dari China

SHAH ALAM, 10 FEB: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mematahkan cubaan seludup pokok hiasan pelbagai spesies dianggarkan bernilai RM88,000 di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat pada 23 Januari lalu.

Pengarah Maqis Selangor Dr Tarmisal Alimin berkata pokok yang diimport menerusi kontena dari China itu dirampas atas kesalahan tidak mematuhi syarat import permit, lapor Sinar Harian.

“Suspek boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya yang turut memaklmumkan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011.


Pengarang :