Ahli kariah masjid dan surau melihat portal Penolong Amil Kariah yang memudahkan urusan agihan zakat di Selangor. Foto LZS
AGENSISELANGOR

Portal Penolong Amil Kariah mudahkan agihan zakat

SHAH ALAM, 17 FEB: Seramai 306 kariah masjid dari sembilan daerah di negeri ini dipilih menggunakan portal Penolong Amil Kariah untuk melancarkan urusan agihan zakat.

Portal dibangunkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi fasa pertama 2020 turut memudahkan proses permohonan pendaftaran asnaf fakir atau miskin.

“Ini termasuk permohonan bantuan zakat yang dibenarkan secara terus dalam talian tanpa hadir ke cawangan LZS.

“Langkah ini secara tidak langsung memudahkan kariah mengenal pasti dan menyemak status asnaf tersebut,” kata agensi itu dalam kenyataan.


Pengarang :