DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari beramah mesra bersama penggunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun di Dataran Petaling Jaya. 1 Febuari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Raja Muda cemar duli meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina

PETALING JAYA, 1 FEB: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Selangor 2020 yang berlangsung di Dataran Petaling Jaya, malam ini.

Baginda yang tiba sekitar 8 malam disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad, EXCO pelaburan Dato’ Teng Chang Khim, Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim serta barisan pimpinan Kerajaan Negeri.

Tengku Amir Shah bersama pimpinan negeri yang diketuai Amirudin bersama-sama memalu gendang sebagai simbolik perasmian.

Acara diteruskan dengan majlis santapan sambil dihiburkan dengan persembahan kebudayaan, tarian singa dan muzikal Cina.

Tidak ketinggalan pemberian angpau kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan buah limau yang menjadi tradisi saban tahun sambutan.

Orang awam daripada pelbagai bangsa turut menikmati hidangan yang disediakan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng cina, roti john, mi dan kuetiau goreng serta yong tau fu.


Pengarang :