Mohd Khairuddin Othman merasmikan Pelancaran Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) anjuran YAWAS di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh pada 8 Febuari 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

RiDE bantu belia sertai bidang e-hailing

SUNGAI BULOH, 8 FEB: Lesen motosikal percuma menerusi program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) hanya diberi kepada mereka yang layak dan berminat untuk menceburi bidang e-hailing, kata Mohd Khairuddin Othman.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan berkata belia yang mendapat lesen ini mungkin boleh menjadi pemandu Grab atau penghantar makanan.

“Menerusi pengumuman Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2020, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi program RiDE.

“Golongan belia harus rebut peluang ini,” katanya selepas Pelancaran Insentif Generasi Muda Selangor di Kelab Rahman Putra di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Paya Jaras turut bercadang menambah baik kemudahan bersukan terutama membabitkan wanita bukan sahaja di kawasannya malah seluruh Selangor.

“Kita sedang mengkaji perkara ini dan insya-Allah boleh bina gimnasium dan gelanggang bola jaring khusus buat wanita,” katanya.


Pengarang :