Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima pada Majlis Penyerahan Kelulusan Pemberimilikan Tanah (Notis 5a) kepada penduduk Kampung Desa Kasih Merbau Berdarah di Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 7 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor selesai lebih 100,000 pemilikan tanah

SABAK BERNAM, 7 FEB: Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan isu pemilikan tanah membabitkan lebih 100,000 peneroka sejak 2008, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu membolehkan golongan tersebut memiliki tanah dan rumah untuk diwariskan kepada keluarga.

“Kebanyakan isu ini berlarutan sejak puluhan tahun lalu dan kita cuba selesaikan,” katanya ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kelulusan Pemilikan Tanah Kampung Desa Kasih Merbau di sini hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri berusaha mencari inisiatif terbaik membantu rakyat memiliki aset selain berharap ia tidak dijual semata-mata untuk memperoleh keuntungan mudah.

Hari ini, penantian 108 penduduk kampung tersebut terlerai apabila memperoleh surat tawaran pemilikan tanah (Notis 5A) daripada Kerajaan Negeri.

 


Pengarang :