Bacaan ikrar penjawat awam pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor bersama Dato’ Menteri Besar di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam pada 9 Mac 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
SELANGOR

MB: Stabil, makmur nadi kemajuan negara

SHAH ALAM, 9 MAC: Kestabilan dan kemakmuran Selangor penting kerana menjadi paksi utama pembangunan negara apabila menyumbang hampir 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata menjadi tanggungjawab semua untuk mengekalkan suasana itu demi membawa kemajuan dan pembangunan tanpa wujud perasaan curiga.

“Ibrah dan pengajaran penting yang harus kita fahami daripada kejadian tersebut (kemelut politik) ialah kepentingan untuk kita bersatu dan muafakat sebagai satu keluarga dan pasukan kepimpinan.

“Kita mempunyai tanggungjawab bukan hanya untuk rakyat dan negeri tetapi sebagai paksi ekonomi negara, Selangor harus sentiasa stabil, aman dan juga kekal untuk membawa kemajuan dan pembangunan negeri,” katanya pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak.

Beliau berkata pergolakan kepimpinan memberikan kesan negatif ekonomi apabila negara kerugian berbilion ringgit.

 


Pengarang :