PBTSELANGOR

MPS arah 2,077 premis sewaan tutup sehingga 14 April

SHAH ALAM, 27 MAC: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan 2,077 premis sewaan di daerah berkenaan ditutup sehingga 14 April bagi mengekang penularan wabak Covid-19, kata yang dipertuanya.

Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata ketetapan itu juga selaras dengan arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama sebulan di seluruh negara.

“Susulan itu, penyewa premis terbabit akan diberi pengecualian bayaran sewa untuk bulan depan (April),” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi pertanyaan mereka boleh menghubungi bilik gerakan khas MPS di talian hotline 03-6138 9898 atau talian bebas tol di 1-800-222-677.


Pengarang :