PBTSELANGOR

MPS lanjut tempoh bayaran cukai taksiran sehingga 30 April

SHAH ALAM, 25 MAC: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan melanjutkan tempoh bayaran notis Borang E cukai taksiran sehingga 30 April, kata yang dipertuanya.

Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata perkara itu diputuskan selepas mengambil kira situasi negara yang sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

“Keputusan ini diambil untuk memberi kemudahan kepada pembayar cukai yang menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran kepada MPS.

“Lanjutan tempoh bayaran ini akan memberi manfaat kepada lebih 55,000 pemegang akaun yang masih mempunyai tunggakan cukai taksiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya MPS juga akan menangguhkan tindakan waran tahanan dan sitaan kepada pemilik yang mempunyai cukai taksiran sehingga 1 Mei.


Pengarang :