Gambar jalan raya di Tehran yang tiada kenderaan ekoran kebimbangan wabak Covid-19 dirakam pada 13 Mac 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Persiapan bawa pulang rakyat Malaysia di Itali, Iran – Hishammuddin

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM, 15 MAC: Kerajaan membuat persiapan membawa pulang 388 rakyat Malaysia yang berada di Itali dan Iran berikutan penularan wabak Covid-19, kata Menteri Luar.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata seramai 323 rakyat berada di Itali manakala selebihnya di Iran.

Katanya, kerajaan sedang mengesan kedudukan tepat rakyat Malaysia di kedua-dua negara terbabit selain memastikan mereka mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

“Ia penting bagi memudahkan rakyat kita mendapat maklumat betul dan terkini berhubung misi membawa mereka pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di dua negara berkenaa susulan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua negara itu.


Pengarang :