AGENDANASIONAL

RON95, 97 turun enam sen

SHAH ALAM, 27 MAC: Harga runcit petrol RON95 turun enam sen seliter kepada RM1.38, manakala RON97 dan diesel masing-masing turun sebanyak enam sen dan tujuh sen.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit baharu bagi RON97 dan diesel masing-masing adalah RM1.68 seliter bagi tempoh 28 Mac hingga 3 April.

“Penurunan harga runcit produk ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun, ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Kementerian berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

 


Pengarang :