EXCOSELANGOR

Tempah di Fama, barangan Pasar Agro Selangor dihantar ke rumah

SHAH ALAM, 27 MAC: Pasar Agro Selangor Agro yang dilancarkan Kerajaan Negeri semalam mengamalkan konsep belian barangan secara tempahan sebelum dihantar kepada pengguna, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata konsep itu dapat memastikan hasil pertanian dijual manakala orang awam mudah mendapatkan barangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tempahan boleh dibuat dengan menelefon atau menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada Pusat Operasi Fama di talian disediakan, laman sesawang www.agrobazaar.com.my dan Facebook saya, Izham Hashim.

“Kita bekerjasama dengan syarikat Bungkusit untuk menghantar barangan kepada pelanggan, jadi orang ramai tidak perlu keluar rumah sepanjang tempoh PKP,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga merancang untuk menambah barangan basah dalam senarai jualan termasuk ayam, ikan dan daging dalam masa terdekat sekali gus membantu pengusaha menjual ternakan mereka.

Talian untuk orang ramai membuat tempahan ialah:

– Pusat Operasi Fama Dengkil (012-3070806)
– Pusat Operasi Fama Puchong (019-2874993)
– Pusat Operasi Fama Kuala Selangor (019-5403791)
– Pusat Operasi Fama Sabak Bernam (019-3084781)
– Pasar Borong Tani Fama Selayang (012-5839485)
– Farm Outlet Putrajaya (012-3002741)
– Holysmoke Seksyen 13 Shah Alam (012-3100585)

Semalam, Kerajaan Negeri melancarkan pasar berkenaan dengan dana pusingan RM1 juta bagi membeli hasil pertanian petani dan penternak bagi mengelakkan lambakan barangan termasuk bahan segar terbuang.


Pengarang :