Timbalan Ketua Setiausaha (Pasaran Domestik) KPDNHEP Dr Alauddin Sidal (tiga, kiri) dan Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman (dua, kiri) ketika membuat lawatan ke kilang pembuatan topeng muka di Meru Klang pada 6 Februari 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Topeng muka: Pengecualian duti import, cukai jualan

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Kementerian Kewangan meluluskan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas topeng muka untuk pasaran tempatan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan menyedari kesulitan yang dihadapi oleh rakyat dalam mendapatkan topeng muka berikutan kenaikan permintaan yang mendadak.

“Orang ramai digalakkan mengelak pembelian berlebihan untuk memastikan bekalan yang mencukupi buat semua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Di samping itu, untuk memastikan bekalan yang mencukupi dalam pasaran tempatan, kerajaan telah mengenakan larangan eksport ke atas topeng muka, katanya.

– BERNAMA


Pengarang :