Pasukan petugas perubatan menjalankan saringan Covid-19 kepada penduduk di Hulu Langat, pada 12 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: 50 kes baharu di Selangor, keseluruhan 1,299

SHAH ALAM, 14 APRIL: Kes positif Covid-19 di negeri ini menunjukkan peningkatan sebanyak 50 orang setakat jam 12 tengah hari tadi, mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC)

Menerusi Twitter STFC, jumlah keseluruhan kes di Selangor setakat ini 1,299 manakala kes di seluruh negara pula seramai 4,987 individu.

“Esok Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga mula, kita putuskan rantaian. Semua buat, baru berkesan,” katanya.

Jumlah tersebut sekaligus menunjukkan kenaikan berbanding semalam iaitu hanya 13 kes baharu.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan 202 kes di Malaysia pulih dan pesakit dibenarkan pulang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 2,478 iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes.


Pengarang :