Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Hanya 54 kes baharu, terendah dua hari berturut-turut

SHAH ALAM, 18 APRIL:  Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif dalam usaha memerangi Covid-19 apabila kes positif harian sekali lagi mencatatkan angka terendah iaitu 54 kes hari ini, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Jumlah kes pulih harian adalah 135 kes, lebih dua kali ganda berbanding kes baharu yang direkodkan hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan 135 kes pulih, ia menjadikan jumlah kumulatif terkini kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan yang dibenarkan keluar daripada wad kini berjumlah 2,967 kes atau 56.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,115 kes. Mereka diasingkan dan diberi rawatan,” katanya di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata seramai 49 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), daripada jumlah tersebut 26 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya terdapat pertambahan dua kes kematian menjadikan jumlah korban Covid-19 sebanyak 88 kes iaitu 1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 


Pengarang :