Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri bersama pegawai Majlis Perbandaran Klang turun padang bertemu peniaga kedai runcit di Kampung Tradisi Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Foto Facebook Pusat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang
ADNSELANGOR

Empat kedai runcit di Kampung Tradisi Pulau Indah dibenar operasi

SHAH ALAM, 30 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersetuju memberi  kelonggaran kepada empat kedai runcit di Kampung Tradisi Pulau Indah di Pelabuhan Klang untuk beroperasi membekalkan bahan mentah kepada penduduk.

Isu operasi kedai runcit tersebut diselesaikan selepas perbincangan dan tinjauan dilakukan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri bersama pegawai MPK semalam.

Pusat Khidmat Rakyat ADN Pelabuhan Klang menerusi Facebook memaklumkan, hanya sebuah kedai runcit di setiap kampung dibenarkan untuk berniaga dan perlu mengikuti tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

Senarai kedai yang diberi kelonggaran untuk berniaga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah:

1. Kedai Runcit Abang Adik (Kampung Perigi Nanas)

2. Kedai Runcit Cikgu (Kampung Sungai Kembong)

3. Kedai Runcit Sahak (Kampung Telok Nipah)

4. Kedai Runcit Nahar (Kampung Sungai Pinang)

Menurut kenyataan itu, pihak berwajib tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan jika terdapat perlanggaran SOP semasa aktiviti perniagaan dijalankan kesemua kedai runcit tersebut.


Pengarang :