Mohd Khairuddin (kiri) menyerahkan kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE) dan topeng muka kepada salah seorang petugas perubatan Hospital Sungai Buloh pada 23 April 2020. Foto Ihsan Pejabat DUN Paya Jaras
ADNSELANGOR

Hargai petugas barisan hadapan, DUN Paya Jaras sumbang sut PPE

SUNGAI BULOH, 24 APRIL: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras menyumbangkan kira-kira 470 sut pakaian perlindungan diri (PPE) dan 450 penutup hidung dan mulut kepada petugas perubatan Hospital Sungai Buloh di sini semalam.

Sumbangan itu disampaikan ahli dewan negerinya Mohd Khairuddin Othman kepada wakil kakitangan hospital berkenaan yang merawat pesakit Covid-19.

Mohd Khairuddin yang juga EXCO pembangunan generasi muda dan sukan dan pembangunan modal insan berkata sumbangan tersebut tanda sokongan kepada pasukan barisan hadapan.

“Pengorbanan mereka yang bertugas di hospital amat dihargai malah petugas barisan hadapan sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan orang lain,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata sumbangan kepada petugas barisan hadapan turut mendapat kerjasama dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Kebajikan Aman Puri dan 47 Cares Sungai Buloh.


Pengarang :