Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media selepas menyerahkan bantuan makanan, topeng muka dan cecair pembasmi kuman di Pusat Komuniti Jawatankuasa Penduduk Zon 6, Batu Caves pada 4 April 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ingkar PKP, MB kecewa ahli majlis gagal jadi contoh

BATU CAVES, 4 APRIL: Dato’ Menteri Besar kecewa terhadap sikap ahli majlis yang gagal menunjukkan contoh baik kepada masyarakat apabila melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato’ Seri Amirudin Shari mengulas tindakan seorang ahli majlis dan tiga rakannya yang ditegur polis kerana bermain badminton di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam ketika PKP.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan ahli majlis itu. Kita akan sarankan supaya ambil tindakan tegas kerana sebagai pemimpin kena tunjukkan contoh yang baik.

“Hari ini kita cuba hadkan pergerakan dan kehadiran orang ramai kerana ia kaedah terbaik untuk mengawal penularan Covid-19,” katanya pada sidang media selepas meninjau perkembangan agihan bantuan di Pejabat Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 6 hari ini.

Perbuatan ahli majlis tersebut yang tular di media sosial sejak semalam mengundang kritikan warga maya yang mahu tindakan wajar diambil.


Pengarang :