AGENSISELANGOR

Jenayah siber di Selangor naik sejak 1 April

SHAH ALAM, 28 APRIL: Jenayah siber di Selangor meningkat kepada 249 kes sejak 1 April hingga semalam berbanding 193 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata peningkatan kes membabitkan kerugian RM6.7 juta berbanding RM14.4 juta bagi tempoh sama pada 2019.

Beliau berkata walaupun jumlah kes jenayah siber meningkat, namun nilai kerugian menurun.

Katanya, peningkatan kes berpunca daripada pertambahan transaksi pembelian dalam talian susulan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

-BERNAMA


Pengarang :