SELANGOR

‘Kami pun mahu lindungi diri, keluarga daripada jangkitan’

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seorang pakar perubatan keluarga di Klinik Kesihatan Seksyen 7 di sini merayu mereka yang datang ke premis itu untuk membuat saringan Covid-19 supaya bersikap jujur.

Dr Azah Abdul Samad berkata ia bagi mengelakkan diri mereka dijangkiti Covid-19 dan menyebabkan jangkitan kepada beberapa generasi termasuk dalam kalangan ahli keluarga mereka sendiri.

“Kami berharap pelanggan (orang ramai) yang datang untuk menilai risiko transmisi Covid-19 bersikap jujur dan berterus terang dengan soalan ditanya.

“Kami mohon mereka bersikap jujur kerana kami juga ingin melindungi diri kami daripada jangkitan Covid-19…kami juga mempunyai ahli keluarga di rumah,” katanya dalam video disiarkan di YouTube.

Video selama 2.52 minit itu diterbitkan Komuniti Sukarelawan Covid-19 (CVC-19) iaitu projek Komuniti di bawah Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM).

Dalam video itu juga Dr Azah turut meminta orang ramai supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menghentikan penularan wabak itu.


Pengarang :