Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam melakukan ujian saringan suhu badan kepada pengunjung Pasar Seksyen 6, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Hargai petugas hadapan, 5,000 penguat kuasa terima insentif RM200

SHAH ALAM, 22 APRIL: Kira-kira 5,000 pegawai penguat kuasa dan agensi penting termasuk kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menikmati insentif RM200 sekali bayar, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif yang diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini bagi menghargai petugas barisan hadapan menangani penularan Covid-19.

“Sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk keputusan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pegawai penguat kuasa dan kakitangan PBT adalah antara barisan hadapan yang memainkan peranan penting membantu Selangor memerangi wabak itu melalui pelbagai pendekatan.

Antara tugas dilaksanakan adalah proses nyah kuman di premis tumpuan ramai, memastikan kebersihan persekitaran dan membantu memantau tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan.


Pengarang :