Majlis Perbandaran Klang berjaya memujuk 11 gelandangan membuat saringan Covid-19 pada 29 April 2020. Foto MPK
PBTSELANGOR

MPK berjaya pujuk 11 gelandangan saring Covid-19

SHAH ALAM, 30 APRIL: Seramai 11 gelandangan berjaya dipujuk Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi melakukan saringan Covid-19 manakala dua lagi dipercayai penagih dadah melarikan diri, kata pengarah Jabatan Komunikasi Korporatnya.

Norfiza Mahfiz berkata dalam operasi lebih enam jam semalam, penguat kuasa Pejabat Kesihatan Klang mengenal pasti dan mengasingkan gelandangan yang kurang sihat di pusat penempatan sementara di Dewan Pelabuhan Klang bagi tujuan pemantauan.

Kata beliau, dua lagi dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah kerana mengalami masalah jantung dan tibi.

“Ketika operasi, MPK turut memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai kepentingan penjagaan kebersihan diri bagi mengelakkan jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi turut membabitkan kerjasama Pejabat Tanah Daerah Klang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis Klang Selatan, Mercy Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan badan bukan kerajaan.


Pengarang :