AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pelanggan boleh terima bil air guna WhatsApp mulai 1 April

SHAH ALAM, 6 APRIL: Pelanggan kini boleh memilih untuk menerima bil air melalui WhatsApp bermula 1 April lalu, kata Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata pengguna hanya perlu mendaftar perkhidmatan dalam talian, e-bil atau mengemas kini maklumat di laman sesawang https://update.airselangor.com.

“Pelanggan yang memilih untuk menggunakan WhatsApp perlu memastikan nombor telefon yang didaftarkan di laman sesawang adalah betul dan boleh menerima mesej,” kata Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor mula melaksanakan e-bil sejak 2018 bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bil dengan lebih cepat sama ada melalui e-mel atau aplikasi yang boleh dimuat turun di App Store atau Google Play.

Pelanggan juga boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300, WhatsApp ke 019-2800919 atau 019-2816793, media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram) serta layari www.airselangor.com untuk maklumat lanjut.


Pengarang :