Selangorkini
Petugas Alam Flora melakukan nyahkuman peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam di seluruh kawasan Seksyen 6, Shah Alam pada 6, April 2020 bagi mengawal penularan wabak Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Pesakit Covid-19 di Selangor hanya 30 kes hari ini

ccsb-ads

SHAH ALAM, 10 APRIL: Kes positif Covid-19 di negeri ini hanya 30 orang setakat jam 12 tengah hari tadi, mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menerusi Twitter STFC, jumlah keseluruhan kes di Selangor setakat ini 1,148 manakala bagi kes di seluruh negara 4,346.

“Hari ini, hari positif! Kes baharu berkurang, kes sembuh lebih tinggi daripada kes baharu lagi. Terus disiplin, biar menang kita genggam,” katanya.

Menerusi data Kementerian Kesihatan (KKM), negeri lain yang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi ialah Kuala Lumpur dengan 713 kes, Johor (523), Sarawak (327), Negeri Sembilan (292) dan Sabah (250).

Ia disusuli dengan Pahang sebanyak 187 kes, Kelantan (149), Melaka (133), Pulau Pinang (109), Terengganu (101) dan Kedah (93).

Negeri lain yang mencatatkan 50 kes dan ke bawah ialah Putrajaya (49), Perlis (17) dan Labuan (13).


Pengarang :