Pihak berkuasa MDHS menjalankan pemantauan di beberapa kilang sekitar Hulu Selangor bagi memastikan pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan pada 3 April 2020. Foto Facebook Bahagian Korporat MDHS
PBTSELANGOR

PKP: Pastikan patuh, MDHS sasar periksa 500 kilang

SHAH ALAM, 5 APRIL: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyasarkan 500 kilang diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, kata yang dipertuanya.

Shukri Mohamad Hamin berkata setakat kelmarin, sembilan premis diperiksa di beberapa kawasan perindustrian antaranya Zuhrah Rasa, Bukit Beruntung (Jalan Kamunting, Jalan Kenanga dan Jalan Jasmin), Jalan Kesidang Sungai Choh, Ulu Yam Lama termasuk perkampungan perabot Ulu Yam Bharu.

“Terdapat dua premis beroperasi tidak mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Majlis Keselamatan Negara iaitu sebuah kilang kertas di Rasa dan kilang kitar semula plastik di Jalan Kenanga, Bukit Beruntung.

“Kedua-dua premis terbabit diberikan arahan untuk menghentikan operasi serta merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan menggantung dan membatalkan lesen perniagaan jika pengusaha kilang didapati masih mengingkari arahan PKP.


Pengarang :