EXCOSELANGOR

Ramadan kali ini tidak sama, manfaatkan aktiviti berfaedah

SHAH ALAM, 24 APRIL: Orang ramai disaran membuat jadual harian dengan aktiviti bermanfaat sepanjang Ramadan ini, kata EXCO kebajikan, pemberdayaan wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata sambutan puasa kali ini tidak sama seperti kelaziman dan sebab itu perlu dipenuhi dengan perkara berfaedah.

“Hayati Ramadan ini. Positif dengan ujian Allah. Bersihkan diri dan dekatkan dengan Allah. Ramadan ini sebenarnya ujian kepada kita,” katanya sempena sambutan Ramadan.

Tambah Dr Siti Mariah, Ramadan kali ini juga melatih ketua keluarga belajar menjadi imam kepada ahli keluarga menunaikan solat tarawih serta membimbing anak-anak.

“Kita tidak akan berkumpul ramai-ramai di masjid, kenduri di masjid sebaliknya akan duduk rumah, berbuka puasa dengan keluarga tersayang dan dapat lebihkan masa dengan mereka,” katanya.


Pengarang :