Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah ayam, beras di empat lokasi pagi ini

SHAH ALAM, 25 APRIL:  Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di empat lokasi hari ini, mulai 10 pagi.

Menurut poster di Facebook PKPS, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Balai MPKK Teluk Nipah (Pelabuhan Klang), Balai raya Parit 11 Timur (Sabak), depan Surau Nurul Salam Kampung Tun Abdul Razak (Kuala Kubu Bharu) dan Balai raya Kampung Kemensah (Hulu Kelang).

Inisiatif jualan murah itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :