DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berswafoto dan beramah mesra bersama kanak-kanak ketika Jamuan Aidilfitri Rumpun Selangor pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di IKBN Dusun Tua, Hulu Langat pada 25 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Raja Muda Selangor berangkat jamuan Aidilfitri, temu ribuan rakyat

HULU LANGAT, 26 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke jamuan Aidilfitri Rumpun Selangor @ Hulu Langat di sini malam tadi.

Majlis berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua dihadiri lebih 1,000 penduduk pelbagai bangsa dan peringkat umur.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra bersama rakyat ketika Jamuan Aidilfitri Rumpun Selangor pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di IKBN Dusun Tua, Hulu Langat pada 25 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Wakil rakyat Dusun Tua Datuk Johan Abdul Aziz berkata tetamu dijamu dengan pelbagai juadah raya antaranya lemang, ketupat, rendang selain apam balik, sate, putu mayam dan roti canai.

“Malam ini kita sekalikan jamuan raya sempena program Rumpun Selangor daerah ini bersama rakyat. Kita sediakan 13 gerai makanan untuk dinikmati tetamu.

“Kita harap program ini akan membentuk kesepaduan antara rakyat dan mendekatkan mereka dengan pemimpin,” katanya ketika ditemui.

Tetamu yang hadir mengambil makanan ketika Jamuan Aidilfitri Rumpun Selangor pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di IKBN Dusun Tua, Hulu Langat pada 25 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Bermula kelmarin hingga hari ini, Tengku Amir Shah melawat beberapa kawasan antaranya Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang dan Laman Medan Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Pelbagai program menarik di setiap lokasi seperti klinik bola sepak serta walkabout bersama pemain Selangor FC, persembahan silat, tarian, kebudayaan, muzik jalanan, rewang dan santapan kenduri.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat persembahan sekitar Kajang Dulu-Dulu pada Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat 2024 di Kajang pada 24 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini meliputi beberapa agenda antaranya dasar dan lagu perpaduan.

Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM4.5 juta bagi menjayakan program itu di sembilan daerah.


Pengarang :