Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof.
ADNSELANGOR

Tebing Sungai Raya runtuh dibaiki selepas PKP – ADN

SHAH ALAM, 5 APRIL: Pembaikan tebing runtuh Sungai Raya di Hulu Langat akan dilakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua.

Edry Faizal Eddy Yusof berkata ketika ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hanya mampu menjalankan proses pembersihan bagi memastikan air sungai mengalir dengan lancar.

“Dalam tempoh PKP, semua barang binaan sukar diperoleh maka kita terpaksa menunggu PKP tamat.

“Saya juga sudah minta Majlis Perbandaran Kajang untuk memastikan aliran air ke sungai mengikut garis panduan ditetapkan,” katanya kepada Selangorkini semalam.

Semalam Malaysiakini melaporkan Kampung Sungai Raya dilimpahi air sampai paras paha ekoran limpahan air Sungai Raya selepas hujan lebat selama sejam.

Selain itu, ada kenderaan penduduk yang tidak sempat dialihkan turut ditenggelami. Banjir pada hari tersebut dianggap antara yang terburuk pernah berlaku.


Pengarang :