Md Ariffin Jaafar (kiri) memberi sumbangan barang keperluan asas kepada keluarga Zulkefli Jaafar (kiri) selepas rumahnya rosak akibat kebakaran di Taman Seri Pinang, Batu Belah pada 13 April 2020. Foto ihsan Yide
AGENSISELANGOR

Yide hulur sumbangan kepada mangsa rumah terbakar

KLANG, 16 APRIL: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) memberi sumbangan barang keperluan asas dan wang tunai kepada sebuah keluarga berikutan rumah mereka di Taman Seri Pinang, Batu Belah di sini terbakar pada 11 April lalu.

Sumbangan disampaikan Pengurus Operasinya Md Ariffin Jaafar ketika mengunjungi mereka pada Isnin lalu.

“Dalam kesungguhan kita mengagihkan bantuan kepada petugas barisan hadapan, Yide tetap tekad membantu mereka yang ditimpa musibah dan malapetaka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Difahamkan, kebakaran itu akibat litar pintas di bilik tidur utama dan memusnahkan 90 peratus barang kediaman melibatkan kerugian hampir RM80,000.


Pengarang :