AGENDANASIONAL

Covid-19: 60 kes baharu, 33 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 24 MEI: Sebanyak 60 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini dengan tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menyaksikan kes keseluruhan di seluruh negara adalah 7,245 kes dengan 1,185 kes aktif kebolehjangkitan.

“Daripada 53 kes tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara dengan 27 kes bukan warganegara itu dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih dan enam di DTI Sepang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 33 individu disahkan sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah setakat ini 5,945 kes.

Di samping itu, terdapat sembilan kes positif wabak sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian baharu direkodkan sehingga jam 12 tengah hari tadi dan setakat ini Malaysia kekal sebanyak 115 kematian.


Pengarang :