Sampel saringan Covid-19 individu yang akan dihantar bagi mendapat keputusan sebelum persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Dua kes baharu di Selangor, tetapi terus berjaga-jaga

SHAH ALAM, 28 MEI: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada dua kes hari ini berbanding lima kes semalam, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 (STFC).

“Hari ini, dua saja kes baru dilaporkan dan jumlah keseluruhan kes di Selangor ialah 1,845. Sentiasa amalkan penjarakan sosial, kebersihan diri dan pakai pelitup muka.

“Walau apa jua dapatan kes baharu setiap hari, sentiasalah berjaga-jaga. Sayangi kebebasan anda dengan berdisiplin dan bertanggungjawab,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Malaysia merekodkan 10 kes baharu Covid-19 hari ini iaitu terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.


Pengarang :