Selangorkini
Pelajar mengamalkan penjarakan sosial satu meter semasa menunggu giliran untuk menaiki bas ketika Proses Penghantaran Pulang Pelajar IPT ke Kampung Halaman di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya pada 27 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL PENDIDIKAN

Dana bantuan RM200 untuk pelajar disalur ke IPT

PUTRAJAYA, 21 MEI: Kementerian Pengajian Tinggi menyalurkan dana kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk diagihkan sebagai bantuan sebanyak RM200 secara one-off kepada pelajar layak, kata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dalam kenyataan hari ini, KPT berkata pembayaran hanya dibuat ke akaun bank milik pelajar sahaja.

Katanya bantuan itu diberikan kepada pelajar berstatus warganegara Malaysia dan aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020.

Pelajar yang masih belum menerima wang bantuan tersebut diminta untuk menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing pada kadar yang segera, katanya.

Untuk senarai dan nombor telefon IPT, para pelajar boleh melayari https://bit.ly/2ygNPKk .

“Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dihadapi pelajar IPT dalam tempoh PKP,” katanya.

Pada 27 Mac lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) meliputi bantuan secara one-off RM200 kepada setiap pelajar IPT di bawah seliaan KPT.

-BERNAMA


Pengarang :